We get high all the time. But what if I tell you, ada dadah lain yang boleh buat kau high. Kau tak payah purchase, kau tak payah chai, tak payah telan, tak payah letak kat lidah, tak payah snort, tak payah hisap pun kau dah boleh high. Tapi ni semua bergantung dekat realism individu. This is from my point of view, so listen.
Aku kalau bab ngaji, boleh lah. Kalau nak berlagu bertajwid taranum out sungguh.
Setakat sedap telinga sendiri dengar okay lah.
Kalau tulis jawi, medium pro. Tapi kalau suruh translate, super pro.
Sekolah agama sampai darjah 5. Tu pun kira macam tahfiz lah.
Lepastu pindah sekolah kebangsaan biasa, tak pergi dah sekolah agama.
Sebab tu tak pernah tahu band yang orang dapat kat SRA dulu. Mumtaz ke apa ke tak tahu.
Aku tak salahkan sesiapa. aku okay sebab anyhow I know where I stand and I know my creator. Kita kalau nak gain knowledge bukan dari alphabets je. Knowledge is opening your eyes, your mind and your heart. Let it open for the good things to come in. Ada banyak beauty in these things. Kau cuma kena reti baca the silver linings and double meanings, its so simple. Our religion is simple.
So drugs, drugs yang aku cakap ni, agama kita sendir supplies - is literally, the Quran. I have never really read it, bila mood ada, bila nak lawan siapa khatam dulu dengan Husna, haa berkobar-kobar lah. Lagi lagi time puasa. Kalau boleh nak habis dulu. TANPA FAHAM MAKSUD YANG AKU BACA. Masa masuk Teknik Sepang dulu adalah minat kat sorang mamat kasut lining gold ni, muka tak pernah nampak, dulu usha kasut pun kira dah buat aku mimpi terbang naik unicorn. Paling best kalau hari rabu solat maghrib, turn dia jadi imam, hmmm mendayu je dia baca. Dari situ dah syok nak mengaji. Lagi lagi masa ada kelas tilawah, Aidiel (senior) puji aku baca Al-Fatihah sedap. Tu baru Al Fatihah, belum Al- Baqarah lagi.
Everyone who tells me the wonders of it seemed euphoric. As if the Quran was cocaine to them as they explained the content to you. The contain of non-fiction to an atheist point of view. The content that seems so fairy-tale-like, for such beauty the paradise was portrayed in. The content no one in this world has ever gone through or seen. Cerita pasal law yang kononnya orang sekarang baru nak kaji rupa-rupanya dah ada sebut dalam Al-Quran. Every inch details was inside there. Pasal bab kahwin, harta, semuanyalah.
Macam tulah betapa druggish nya buku suci tu.
Bila dulu masa kecik kecik ( takdelah kecik pun, umur 15 tahun) ibu selalu pesan, cari lelaki yang letak al-Quran tu kat hati. Lepastu ibu siap demand lagi nak bakal menantu dia baca An-Nisa' sebagai mas kahwin. Aku dulu dulu mana lah faham sangat, tapi bila go trough one by one ayat dia, and now I realized. Hak isteri yang suami kena tahu. From now, sebab tu aku agak cerewet sikit bila nak cari laki ni, sebab aku taknak menyesal babe seumur hidup makan hati je dengan perangai laki serupa hantu. Tapi aku pun sama, kena siapkan diri. At least, KALAU lah takda jodoh aku kat dunia ni, aku takdelah bergantung dengan orang lain. At least tak susahkan orang lain.
Ps: This is my personal experience of being sober.
xoxo.
-Atiqah-